Saturday, May 1, 2010

Negara Dan Pemain Mana Yang Menyerlah???

Makan bola, minum bola, tidur bola...istilah ini akan kembali diguna pakai dan dilabelkan kepada kaki bola. Mana tidaknya, Bulan Jun nanti akan bermulalah pesta yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia. Piala Dunia adalah kejohanan yang terbesar dalam sukan bola sepak, setiap peminat diseluruh dunia akan tertumpu seketika kearah Afrika Selatan yang menjadi hos pada kali ini.

Ramai yang telah meramalkan pasukan mana yang akan melangkah ke peringkat berikutnya. Adakah ramalan mereka tepat. Lihat sahaja lah pasukan French, mereka ini diibaratkan pasukan 'nasib' oleh segelintir peminat. Sentuhan tangan T.Henry telah membawa pasukannya ke Afrika Selatan untuk meneruskan saingan. Apa yang pasti, strategi dan semangat juang bakal menjadi tiket untuk mara. England memiliki penyokong dan pemain yang hebat. Liga mereka antara yang paling popular di dunia. Mampukan populariti mereka ini dapat menggerunkan pasukan lawan mereka dan membawa pulang piala idaman??

Nama besar dalam deretan bintang bakal menunjukkan taring mereka. Ronaldo, Rooney dan Messi menjadi sebutan dan aksi mereka ditunggu-tunggu. Mampukah bintang-bintang ini membantu pasukannya meraih gelaran?? Tidak kurang juga pemain yang berbakat, mereka akan mempersembahkan yang terbaik kerana ada mata yang memerhati aksi mereka untuk dipancing dalam urusan pemindahan pemain nanti khususnya pasukan besar.

0 comments:

Post a Comment