Sunday, May 2, 2010

Kemenangan Ditagih...

Perlawanan kedua terakhir bagi musim ini menentang Sunderland bolehlah dianggap mendebarkan. Kedua-dua pasukan memberikan saingan yang sengit dengan mempamirkan aksi menyerang. Man Utd ternyata menunjukkan kepada pihak lawan yang mereka tidak terlalu mengisahkan keputusan awal diantara Chelsea menentang Liverpool dengan aksi menyerang yang lebih bertenaga. Beberapa kali percubaan dari United ke arah gawang Sunderland menghadirkan gerun, hanya nasib yang tidak menyebelahinya. Nani sekali lagi menjadi penyelamat dengan menghadiahkan gol kemenangan bagi United. Aksi beliau selepas menjaringkan gol tersebut kerap kali diasak keras oleh pihak lawan. Rooney sekali dua berjaya meloloskan diri dari kawalan ketat dengan cubaan gol, mujur aksi yang patut dipuji oleh penjaga gol lawan berjaya mematahkannya. Berbatov ternyata banyak mensia-siakan deretan peluang terhidang untuk menjaringkan gol, ketumpulannya dihidu oleh Ferguson dengan mengeluarkannya dan pertukaran strategi pasukan berjaya mengekang pihak lawan dari menggerakkan bahagian tengah mereka. Bagi perlawanan seterusnya, perlawanan terakhir United bagi musim ini, kemenangan ditagih tanpa menghiraukan keputusan pendahulu liga. Penyokong tentu puas dengan kemenangan tersebut sebelum semuanya menumpukan sementara waktu aksi Piala Dunia nanti.

0 comments:

Post a Comment