Hadiah Untuk Peminat

Akhirnya tirai dilabuhkan yang menyaksikan chelsea merampas Trofi Liga Perdana Inggeris daripada Man Utd. Saingan yang cukup sengit sehingga ke penghujung saingan diantara kedua-dua kelab ini yang menghadirkan kegelisahan kepada penyokong mereka. Pada perlawanan terakhir semalam, Man Utd tetap mempamirkan aksi menakjubkan dengan menundukkan Stoke City 4-0. Hadiah yang cukup manis buat semua peminat Man Utd sebelum tirai baru dibuka. Siapa yang bakal akan dibeli dan yang akan dijual ???
Read More

Kemenangan Ditagih...

Perlawanan kedua terakhir bagi musim ini menentang Sunderland bolehlah dianggap mendebarkan. Kedua-dua pasukan memberikan saingan yang sengit dengan mempamirkan aksi menyerang. Man Utd ternyata menunjukkan kepada pihak lawan yang mereka tidak terlalu mengisahkan keputusan awal diantara Chelsea menentang Liverpool dengan aksi menyerang yang lebih bertenaga. Beberapa kali percubaan dari United ke arah gawang Sunderland menghadirkan gerun, hanya nasib yang tidak menyebelahinya. Nani sekali lagi menjadi penyelamat dengan menghadiahkan gol kemenangan bagi United. Aksi beliau selepas menjaringkan gol tersebut kerap kali diasak keras oleh pihak lawan. Rooney sekali dua berjaya meloloskan diri dari kawalan ketat dengan cubaan gol, mujur aksi yang patut dipuji oleh penjaga gol lawan berjaya mematahkannya. Berbatov ternyata banyak mensia-siakan deretan peluang terhidang untuk menjaringkan gol, ketumpulannya dihidu oleh Ferguson dengan mengeluarkannya dan pertukaran strategi pasukan berjaya mengekang pihak lawan dari menggerakkan bahagian tengah mereka. Bagi perlawanan seterusnya, perlawanan terakhir United bagi musim ini, kemenangan ditagih tanpa menghiraukan keputusan pendahulu liga. Penyokong tentu puas dengan kemenangan tersebut sebelum semuanya menumpukan sementara waktu aksi Piala Dunia nanti.
Read More

Negara Dan Pemain Mana Yang Menyerlah???

Makan bola, minum bola, tidur bola...istilah ini akan kembali diguna pakai dan dilabelkan kepada kaki bola. Mana tidaknya, Bulan Jun nanti akan bermulalah pesta yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia. Piala Dunia adalah kejohanan yang terbesar dalam sukan bola sepak, setiap peminat diseluruh dunia akan tertumpu seketika kearah Afrika Selatan yang menjadi hos pada kali ini.

Ramai yang telah meramalkan pasukan mana yang akan melangkah ke peringkat berikutnya. Adakah ramalan mereka tepat. Lihat sahaja lah pasukan French, mereka ini diibaratkan pasukan 'nasib' oleh segelintir peminat. Sentuhan tangan T.Henry telah membawa pasukannya ke Afrika Selatan untuk meneruskan saingan. Apa yang pasti, strategi dan semangat juang bakal menjadi tiket untuk mara. England memiliki penyokong dan pemain yang hebat. Liga mereka antara yang paling popular di dunia. Mampukan populariti mereka ini dapat menggerunkan pasukan lawan mereka dan membawa pulang piala idaman??

Nama besar dalam deretan bintang bakal menunjukkan taring mereka. Ronaldo, Rooney dan Messi menjadi sebutan dan aksi mereka ditunggu-tunggu. Mampukah bintang-bintang ini membantu pasukannya meraih gelaran?? Tidak kurang juga pemain yang berbakat, mereka akan mempersembahkan yang terbaik kerana ada mata yang memerhati aksi mereka untuk dipancing dalam urusan pemindahan pemain nanti khususnya pasukan besar.
Read More